Mencari peluang perniagaan yang sudah sedia ada di pasaran sebenarnya
jauh lebih mudah berbanding memerah kepala bagi mencari idea-idea baru. Anda cuma
memilih mana yang sesuai serta mudah untuk dimulakan.
Di sini terdapat beberapa panduan untuk anda mencari peluang
perniagaan. Antaranya seperti berikut:
Kenalan Yang Berniaga Sambilan
Paling mudah untuk anda mencari peluang perniagaan sambilan ialah
daripada orang-orang yang anda kenali yang sedang berniaga sambilan. Ia terdiri
daripada rakan sekerja, kawan-kawan sekolah, jiran-jiran atau sesiapa sahaja
yang anda kenal.
Cari di kalangan mereka yang boleh dijadikan contoh terbaik atau ‘rool’
model dari segi konsisten serta fokus terhadap perniagaan yang dilakukannya.
Lagi bagus kalau kenalan anda itu sudah terbukti mempunyai pencapaian hasil
dari berniaga sambilan.
Cerita sedikit pengalaman rakan sekolah penulis yang sukses berniaga
sambilan. Waktu siang dia bekerja sebagai kerani di sebuah Majlis Perbandaran. Waktu
malam dan hujung minggu, dia akan peruntukan masa antara dua hingga empat jam
sehari untuk fokus berniaga sambilan dengan menjual produk kesihatan.
Dalam tiga tahun konsisten berniaga sambilan, dia telah berjaya membeli
rumah berharga lebih dari RM200,000 di samping memiliki kereta Toyota Estima. Meskipun
pendapatan bulanannya hasil berniaga sambilan mencecah lima angka, namun dia berjaya
melakukannya tanpa berhenti kerja hakiki.
Jika anda mempunyai kenalan seperti itu, anda boleh bersembang untuk
mendapatkan maklumat tentang perniagaan sambilan yang dilakukannya. Jika anda rasa perniagaan itu menarik serta
mudah untuk dilakukannya, anda boleh sertai dan jadikan kenalan anda itu
sebagai mentor.
Media cetak
Setiap akhbar mempunyai ruangan khas untuk pengikalanan. Begitu juga
dengan majalah. Mudah sahaja untuk anda cari peluang perniagaan di sini. Pergi
ke ruangan iklan peluang perniagaan, anda akan dapati, terdapat beberapa peluang
perniagaan yang menarik.
Risalah
Ketika memasuki perkarangan di masjid, anda boleh perhatikan beberapa
risalah diletakkan di beberapa sudut. Ketika berkunjung ke pasar raya, anda
dapati promoter akan menghampiri anda dan memberikan risalah. Berkunjung ke
pasar malam juga boleh dilihat kelibat ejen-ejen pemasar memberi risalah kepada
orang ramai.
Lazimnya, terdapat dua bentuk risalah yang biasa diperolehi. Satu
risalah berkaitan produk atau perkhidmatan. Satu lagi risalah berkaitan iklan
jawatan kosong atau peluang perniagaan. Jika anda mencari peluang perniagaan,
ambil sahaja pelbagai risalah yang berkaitan peluang perniagaan. Buat analisis
serta perbandingan. Mana yang sesuai atau mudah untuk dilakukan, anda pilih.
Whatsapp Group
Sertai Whatsapp Group khusus berkaitan tentang peluang perniagaan. Ada
bermacam-macam maklumat anda boleh dapat dengan memasuki Group Whatsapp
tertentu. Pilih sahaja peluang perniagaan yang sesuai.
Media Sosial
Anda juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan peluang perniagaan dari
media sosial seperti Facebook dan Instagram. Anda akan dapati begitu banyak
iklan peluang perniagaan sama ada melalui facebook group, facebook page dan
facebook ads.
No comments:
Post a Comment