MENGAPA
masih lagi tidak memulakan perniagaan sedangkan anda tahu perniagaan boleh
bantu anda menambah pendapatan dan menyelesaikan masalah kewangan di samping
boleh mengubah kehidupan?
Impian hendak
berniaga sambilan sudah tersemat di fikiran tetapi masih lagi di awang-awangan.
Tidak mahu beranjak dan bertindak untuk menjadikan impian itu menjadi
kenyataan. Mengapa ya jadi begitu? Apa sebenarnya yang menjadi batu penghalang?
Tidak
dinafikan bahawa bukan semua orang mempunyai bakat berniaga atau dilahirkan
dalam keluarga ahli perniagaan. Tambahan pula bagi anda yang baru sahaja hendak
berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, sudah tentu dari sudut psikologinya
sedikit sebanyak mempunyai perasaan takut hendak berniaga walaupun secara
sambilan.
Antara
jenis ketakutan yang dikenal pasti sering melanda pemikiran mereka yang
bercita-cita hendak memulakan perniagaan sambilan adalah seperti:
- Takut diberhentikan kerja
- Takut diperli rakan sekerja
- Takut barang jualan tidak laku
- Takut tak menjadi
- Takut pelanggan menolak
- Takut bercakap di khalayak ramai
- Takut rugi
Sebenarnya,
ada bermacam-macam lagi jenis ketakutan menyebabkan mereka tidak mahu bertindak
untuk memulakan perniagaan pertama mereka dan membiarkan impian berniaga
menjadi angan-angan sahaja.
Beberapa
langkah atau cara berikut boleh membantu anda untuk mengatasi masalah ketakutan
tersebut:
1. Mencari Ilmu
Ilmu sangat penting dalam melakukan apa
jua bentuk perniagaan. Justeru,
menimba seberapa banyak ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan satu-satu
perniagaan boleh mengurangkan perasaan ketakutan.
Anda boleh mendapatkan ilmu berkaitan perniagaan
yang bakal anda ceburi sama ada melalui bacaan buku-buku fizikal atau
elektronik (ebook), artikel-artikel, surat khabar, menghadiri seminar,
mendengar ceramah, menyertai bengkel-bengkel serta kursus-kursus jangka pendek.
Selain itu, anda boleh mencari perniagaan yang
menyediakan sistem latihan yang komprehensif bagi melatih ejen-ejen atau
pengedar-pengedar mencapai kejayaan dalam memasarkan barangan atau
perkhidmatan.
2. Mencari Mentor
Anda juga boleh mencari mentor yang
sesuai yang boleh membantu membimbing serta menunjukkan jalan kepada anda untuk
mencapai kejayaan dalam perniagaan sambilan yang anda ceburi nanti.
Setiap jenis perniagaan ada mentor
masing-masing yang boleh dijadikan rujukan untuk anda memulakan langkah
berniaga sambilan. Waima perniagaan berbentuk dropship sekalipun turut
mempunyai mentor tersendiri. Mentor yang dipilih mesti mempuyai rekod
pencapaian yang cemerlang dalam perniagaan yang diceburi.
3. Mulakan Dengan Kos Paling Rendah
Bagi mengatasi masalah takut rugi, takut produk tidak laku atau takut
perniagaan tidak menjadi, elakkan memilih perniagaan yang menuntut anda
mengeluarkan modal yang tinggi
Perniagaan pertama yang disarankan untuk dimulakan adalah perniagaan
yang menggunakan kos yang paling rendah. Lagi bagus kalau perniagaan berkenaan
tidak menggunakan modal untuk bermula.
Sekarang ini sudah banyak jenis model perniagaan yang memberi peluang
menjadi ejen tanpa modal yang boleh anda ceburi seperti Drosphip atau
Affiliate. Perniagaan tanpa modal sememangnya boleh menenggelamkan perasaan
takut menghadapi risiko kerugian.
BANYAK
ALASAN
Selain
dari masalah di atas, satu lagi faktor yang menjadi batu penghalang untuk
memulakan perniagaan adalah disebabkan banyak alasan. Antara alasan yang biasa
diucapkan adalah tak ada masa, tak ada modal, tak pandai cakap, tak ramai
kawan, dan banyak lagi.
Tak ada
masa
Setiap
orang mempunyai 24 jam sehari, tidak lebih dan tidak kurang. Ada atau tiadanya
masa bergantung kepada cara pengurusan masa atau cara menguruskan diri dengan
mematuhi jadual masa yang telah dirancang. Orang yang berjaya pandai
menguruskan masa. Sebaliknya orang yang gagal, gagal menguruskan masa.
Tak ada
modal
Ini
alasan yang sangat popular. Tak ada modal atau susah nak cari modal menunjukkan
bahawa si penutur memang menghadapi situasi tidak cukup duit untuk memulakan
perniagaan. Jalan penyelesaiannya adalah dengan memilih perniagaan tanpa
menggunakan modal untuk bermula.
Tak
pandai apa-apa
Apabila
berkata demikian, itu tandanya kena belajar. Sama analoginya anda yang pandai
memandu. Mana datangnya kemahiran memandu kalau anda tidak belajar memandu di
sekolah memandu. Sebelum tahun memandu, anda rasa susahnya memandu tetapi
apabila sudah mendapat lesen JPJ, anda menjadi pakar di jalan raya. Sama juga
berniaga. Tak pandai belajar berniaga.
Tak
pandai cakap
Anda
tidak pandai cakap sebenarnya adalah kerana anda tidak tahu apa yang hendak
anda cakapkan. Kalau anda diminta bercakap tentang perkara yang anda tahu,
sudah semestinya beberapa jam pun anda boleh bercakap. Jalan penyelesaiannya
adalah belajar memahami perniagaan yang anda hendak ceburi terutamanya
pengetahuan tentang manfaat produk atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada
bakal pelanggan.
Tak ramai
kawan
Anda
tidak boleh lari dari kenyataan bahawa kita memerlukan orang lain untuk
menjalani kehidupan ini. Mustahil seseorang itu tidak mempunyai ramai kawan
kecuali anda ada masalah yang menyebabkan kawan-kawan anda itu tidak mahu
berjumpa atau percaya dengan diri anda. Jalan penyelesaian, jual produk atau
perkhidmatan kepada yang bukan kawan-kawan anda. Prospek yang anda tidak kenali
jauh lebih ramai berbanding kawan-kawan anda.
Tak minat
meniaga
Alasan
tidak minat berniaga adalah disebabkan belum pernah merasa nikmat hasil dari
perniagaan. Jika sudah merasa mendapat hasil yang lumayan, minat berniaga itu
akan datang dengan sendirinya di kemudian hari.
Ramai
juga yang berjaya dalam perniagaan pada peringkat permulaan sebelum melibatkan
diri dalam perniagaan, mereka juga mempunyai alasan yang serupa. Tetapi apa
yang menyebabkan pandangan mereka berubah terhadap perniagaan? Sebabnya adalah
nikmat meraih hasil menerusi perniagaan.
No comments:
Post a Comment