Friday, November 30, 2018

BIODATA PENULIS


Rudy AS dilahirkan pada 22 Jun 1976 di Riau, Dumai, Indonesia. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1982). Kemudian menyambung pelajaran menengah rendah di Sekolah Tinggi Segamat (1989) hingga berjaya menamatkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1995.

Penulis pernah berkhidmat lebih sepuluh tahun sebagai wartawan di beberapa buah syarikat penerbitan media cetak bermula dengan syarikat Sri Azam Publishing, penerbit akhbar tabloid Mingguan Politik (1996-1997). Kemudian berkhidmat di Pustaka Wira Sdn Bhd (PWSB), syarikat yang menerbitkan majalah IBU, PESONA dan USAHAWAN SUKSES selain penerbitan dalaman, Buletin SUK Selangor (1998-2004).

Ketika menjadi wartawan PWSB, penulis melibatkan diri dengan perniagaan jualan langsung secara sambilan dengan menjual produk kesihatan dan barangan kegunaan isi rumah keluaran syarikat CNI Enterprise (M) Sdn Bhd (2002-2005).

Hasil pengalaman berniaga jualan langsung secara sambilan, penulis mengorak langkah membuka perniagaan syarikat penerbitan bersama rakan kongsi dengan menerbitkan majalah keusahawanan iaitu majalah Media Usahawan (2005-2006).

Namun, majalah berkenaan berjaya bertahan selama sembilan keluaran sahaja menyebabkan penulis kembali semula ke bidang kewartawanan dengan berkhidmat di Rodatra Media Sdn Bhd, syarikat perunding penerbitan bagi akhbar kawasan Parlimen Perdana Menteri Kelima, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi iaitu akhbar Warta Parlimen Kepala Batas (2006) di samping menjadi wartawan sambilan untuk Buletin Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia (BNBBC).

Dalam masa menjadi wartawan untuk kedua-dua penerbitan tersebut, penulis turut berniaga sambilan dengan menjual kad prepaid IDD dan ruang iklan untuk portal pengiklanan maya, parttime2u.com. Penulis juga menerima undangan dari beberapa buah syarikat serta pemimpin perniagaan jualan langsung untuk menyampaikan ceramah kepada masyarakat tentang peluang perniagaan sambilan di seluruh Malaysia.

Antara catatan kejayaan yang pernah dikecapi sewaktu berniaga sambilan ialah meraih pendapatan empat angka sebulan dan pernah mencecah sehingga lima angka dengan menjual produk krim kecantikan, Firmax3 (2013-2016) di samping membantu menjayakan lebih sepuluh rakan niaga meraih pendapatan lima angka sebulan.

Tahun 2019, penulis mula bergiat aktif di dalam penulisan maya menerusi blog suksesnews.com di samping masih mengekalkan perniagaan sambilan.

Penulis boleh dihubungi melalui:

E-mel:
rudyreporter@gmail.com
Blog: suksesnews.com


Saturday, November 17, 2018

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang melayari blog ini.

Salam perkenalan daripada saya, Rudy AS.

Ini adalah blog rasmi bagi buku 'Bekerja Dan Berniaga Sambilan'

Jika anda ada maklumat berkaitan perniagaan sambilan yang boleh dilakukan tanpa perlu anda berhenti kerja dari makan gaji, boleh salurkan maklumat berkenaan ke emel berniagasambilan@gmail.com.

Sekian, terima kasih.