SUDAH terdetik di hati hendak berniaga sambilan tetapi masih lagi ‘blur’.
Masih ketandusan idea nak berniaga apa.
Idea memang sangat penting untuk merealisasikan matlamat mencapai
keinginan untuk memulakan perniagaan secara sambilan. Segalanya bermula dari
cetusan idea.
Banyak faktor mengapa idea penting kepada golongan bekerja yang nak
berniaga sambilan. Antara ialah:
- Membantu memacu untuk bertindak, bukan sekadar angan-angan yang tidak kesampaian
- Mencetuskan kreativiti bagi menghasilkan keunikan perniagaan yang dijalankan
- Membantu peniaga untuk memberi fokus terhadap perniagaan yang dipilih
- Membantu untuk mendapatkan kesesuaian jenis perniagaan dengan diri peniaga
- Sebagai panduan untuk menetapakan kriteria peracangan dan strategi
Terdapat pebagai cara yang boleh mencetuskan idea untuk anda bertindak
memulakan perniagaan. Berikut adalah tip-tip untuk mendapatkan idea berniaga.
1. Pekerjaan Utama
Pekerjaan yang anda ceburi sekarang sebenarnya boleh menjadi satu
idea untuk anda menjalankan perniagaan di bidang yang sama, bukan bidang lain. Seorang
mekanik boleh menyediakan perkhidmatan membaiki kenderaan di kawasan atau
daerah tempat dia menetap. Seorang akauntan boleh memberi servis perakaunan
kepada syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat perakaunan.
Pengalaman penulis sendiri yang bekerja di syarikat penerbitan suatu
ketika dahulu turut berniaga sambilan dengan menjual ruangan iklan dan juga
majalah secara pukal. Hasilnya, 500 naskhah, 1000 naskhah, 2,000 naskhah dan
paling tinggi 5,000 naskhah berjaya dijual. Itu tidak termasuk menjual muka
surat iklan dan rencana iklan.
2. Ketika Membaca
Membaca artikel-artikel yang berkaitan perniagaan dan keusahawanan
terutamanya kisah-kisah kejayaan usahawan dari pelbagai bidang perniagaan boleh
mencetuskan ilham kepada anda. Banyak membaca bukan sahaja boleh menambah ilmu,
malah memberi lebih kefahaman sekaligus membantu minda anda membuat analisis
terhadap perniagaan yang hendak dilakukan.
3. Ketika Makan
Ketika sedang makan di mana-mana kedai atau restoran yang anda singgah,
sambil menjamu selera, anda boleh buat pemerhatian suasana kedai serta menu
makanan yang disediakan. Perhatikan makanan apa yang ‘special’ di kedai atau
restoran berkenaan? Anda boleh tawarkan khidmat penghantaran makanan ke rumah
atau pejabat pelanggan. Selain itu, perhatikan juga barang apa yang boleh anda
letak di kedai makan atau restoran berkenaan. Contohnya biskut, sagu, tapai dan
lain-lain yang difikirkan sesuai. Kemudian buat analisis berapa jumlah kedai
makan atau restoran yang boleh bekerja sama dengan anda. Ini salah satu idea
yang biasa orang buat selama ini.
4. Ketika Memandu
Membuat pemerhatian ketika sedang memandu kenderaan boleh mencetuskan
idea yang baik untuk memulakan perniagaan terutamanya apabila melihat kain-kain
rentang ataupun ‘billboard’ yang terpasang
di jalan atau lebuh raya. Perhatikan iklan-iklan yang menarik terutama
ayat-ayat berkaitan ejen-ejen atau pengedar diperlukan. Pemerhatian terhadap
iklan-iklan berkenaan boleh memberi anda idea untuk ditiruvasi.
5. Ketika Mendengar Masalah
Ketika mendengar masalah orang lain juga boleh mendatangkan idea untuk anda
melakukan perniagaan yang bersesuaian dengan masalah orang berkenaan.
Penulis masih ingat, ketika menghantar ibu menjalani rawatan di hospital,
macam-macam orang bercerita masalah penyakit ketika menunggu giliran untuk masuk
ke bilik doktor. Penulis juga amati, parking kenderaan sentiasa penuh setiap
kali datang ke hospital hingga terpaksa ditambah kawasan parking yang baru. Adakah
anda nampak potensi perniagaan apa yang sesuai dengan pemerhatian masalah
berkenaan berkenaan?
Baru-baru ini, di tempat daerah penulis kecoh sedikit tentang masalah air
paip yang keruh. Beberapa netizen meluahkan perasaan kekecewaan terhadap
kualiti air yang sampai ke rumah pengguna siap berkongsi gambar air paip
kelihatan warna macam teh susu
6. Mendengar Ceramah Orang Berjaya
Melibatkan diri dalam sesi perkongsian (sharing) maklumat oleh orang-orang yang berjaya menerusi
program-program ceramah atau taklimat pembentangan peluang perniagaan (BOP) antara
kaedah paling mudah serta paling pantas untuk anda mendapat idea memulakan
perniagaan.
Banyak BOP diadakan di hotel-hotel dari pelbagai jenis perniagaan boleh
anda hadiri. Selepas itu, buat analisis tentang perniagaan yang anda rasa
sesuai dan menimbulkan minat untuk melakukannya.
Mendengar ceramah oleh mereka yang berjaya boleh memberi idea secara
tidak langsung apatah lagi kalau yang berkongsi ke depan itu mencapai kejayaan
dengan berniaga secara sambilan sahaja tanpa mengorbankan pekerjaan hakiki.
7. Soal selidik
Selain mendengar ceramah, bersembang bersama penceramah sesudah selesai
sesi taklimat juga boleh memberi idea-idea baru yang boleh dilaksanakan. Ketika
bersembang dengan penceramah yang berjaya, anda boleh mengajukan pertanyaan
atau soal-selidik yang boleh memberi anda inspirasi serta dorongan idea untuk
melakukan perniagaan dan menjadikan penceramah berkenaan sebagai ‘rool model’.
8. Bersendirian
Idea boleh terhasil disebabkan minda anda berada dalam keadaan paling
tenang ketika bersendirian. Justeru itu, latih minda untuk bertenang dan cari
suasana tenang untuk anda berfikir bagi mendapatkan idea-idea perniagaan yang
bagus. Ia mungkin boleh jadi di bilik air, bilik tidur atau di mana-mana tempat
yang anda rasa boleh menenangkan jiwa serta fikiran anda.
9. Bersenam
Bersenam juga boleh merehatkan minda serta fizikal anda. Sebagai contoh,
anda bangun di awal pagi dalam keadaan serta suasana serta udara yang sangat
segar, idea boleh datang mencurah-curah dengan begitu mudah. Apabila minda
tidak tertekan, banyak perkara boleh difikirkan secara tidak langsung termasuk
idea perniagaan sambilan yang hendak anda lakukan.
10. Bercuti
Lazimnya, ramai yang memilih pergi bercuti bagi merehatkan minda yang
sekian lama penat bekerja. Paling tidak dalam setahun, mesti akan bawa satu
keluarga bercuti jauh dari tempat tinggal dan tempat kerja.
Menikmati percutian yang indah juga boleh mendatangkan idea. Sebab itu
banyak syarikat menganjurkan ‘retreat’ di tempat percutian yang menarik bagi
membolehkan para pekerja mereka mendapat idea-idea baru dan keselesaan berfikir
selain menjadi platform melegakan ketegangan.
No comments:
Post a Comment