Sunday, December 2, 2018

1.5 - Bagaimana Mencari Peluang Berniaga Sambilan?



JIKA anda masih lagi sukar hendak mendapatkan idea berniaga sambilan, anda cari sahaja peluang-peluang perniagaan yang sedia ada. Banyak syarikat yang menjual ‘product base’ menyediakan peluang untuk sesiapa juga yang berminat menjadi ejen menjual produk mereka.

Mencari peluang perniagaan yang sudah sedia ada di pasaran sebenarnya jauh lebih mudah berbanding memerah kepala bagi mencari idea-idea baru. Anda cuma memilih mana yang sesuai serta mudah untuk dimulakan.

Di sini terdapat beberapa panduan untuk anda mencari peluang perniagaan. Antaranya seperti berikut:

1.4 - Bagaimana Mendapatkan Idea Berniaga Sambilan?


SUDAH terdetik di hati hendak berniaga sambilan tetapi masih lagi ‘blur’. Masih ketandusan idea nak berniaga apa.

Idea memang sangat penting untuk merealisasikan matlamat mencapai keinginan untuk memulakan perniagaan secara sambilan. Segalanya bermula dari cetusan idea.

Banyak faktor mengapa idea penting kepada golongan bekerja yang nak berniaga sambilan. Antara ialah:
  • Membantu memacu untuk bertindak, bukan sekadar angan-angan yang tidak kesampaian
  • Mencetuskan kreativiti bagi menghasilkan keunikan perniagaan yang dijalankan
  • Membantu peniaga untuk memberi fokus terhadap perniagaan yang dipilih
  • Membantu untuk mendapatkan kesesuaian jenis perniagaan dengan diri peniaga
  • Sebagai panduan untuk menetapakan kriteria peracangan dan strategi

Terdapat pebagai cara yang boleh mencetuskan idea untuk anda bertindak memulakan perniagaan. Berikut adalah tip-tip untuk mendapatkan idea berniaga.

1.3 - Apa Kriteria Sebelum Mencari Peluang Berniaga Sambilan?



SEBELUM anda membuat keputusan untuk berniaga sambilan, seelok-eloknya anda gariskan terlebih dahulu beberapa peraturan atau kriteria supaya perniagaan sambilan yang anda hendak pilih itu bersesuaian dengan diri dan situasi anda.
 
Ini kerana, apabila anda sudah berniaga sambilan, anda akan mempunyai dua tanggungjawab yang cukup besar iaitu satu terhadap majikan dan satu lagi terhadap perniagaan yang anda ceburi. 
Oleh itu, sebelum bermula, fikir dahulu apakah perniagaan sambilan yang sesuai dengan diri anda? 

Pemilihan perniagaan yang bersesuaian sangat penting bagi mengelakkan rasa terbeban melakukan dua bentuk pekerjaan yang berbeza dalam satu masa di masa akan datang.

Beberapa kriteria berikut boleh dijadikan garis panduan sebelum anda memulakan langkah berniaga sambilan: