Saturday, December 1, 2018

1.2 - Bagaimana Mengatasi Halangan Untuk Mula Berniaga Sambilan?

MENGAPA masih lagi tidak memulakan perniagaan sedangkan anda tahu perniagaan boleh bantu anda menambah pendapatan dan menyelesaikan masalah kewangan di samping boleh mengubah kehidupan?

Impian hendak berniaga sambilan sudah tersemat di fikiran tetapi masih lagi di awang-awangan. Tidak mahu beranjak dan bertindak untuk menjadikan impian itu menjadi kenyataan. Mengapa ya jadi begitu? Apa sebenarnya yang menjadi batu penghalang?

Tidak dinafikan bahawa bukan semua orang mempunyai bakat berniaga atau dilahirkan dalam keluarga ahli perniagaan. Tambahan pula bagi anda yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, sudah tentu dari sudut psikologinya sedikit sebanyak mempunyai perasaan takut hendak berniaga walaupun secara sambilan.

Antara jenis ketakutan yang dikenal pasti sering melanda pemikiran mereka yang bercita-cita hendak memulakan perniagaan sambilan adalah seperti:

1.1 - Apa faktor Yang Mendorong Berniaga Sambilan?


MENGAPA PERLU BERNIAGA SAMBILAN?

PERSOALAN ini sangat penting untuk ditanya pada diri sendiri. Jika ia tidak terlintas di fikiran anda, berkemungkinan besar perniagaan sambilan yang anda lakukan tidak mencapai apa yang anda harapkan atau menemui kegagalan di kemudian hari. 

Anda kena tahu sebab apa anda perlu berniaga sambilan? Dan penyebab itu mestilah kukuh. ‘Big Why’ anda kena kuat supaya dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk merealisasikan matlamat berniaga sambilan. Bukan berniaga sambilan sekadar suka-suka sahaja tanpa hala tuju.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang berniaga sambilan dan dicampur dengan bahan-bahan temu bual penulis dengan beberapa individu yang sukses berniaga sambilan memperlihatkan beberapa penyebabnya.

Bab 5 - 100 Idea Berniaga Sambilan

Bab 4 - Pengurusan Kewangan

Bab 3 - Pengurusan Masa

Bab 2 - Tip Mendapatkan Pelanggan

Bab 1 - Memulakan Langkah Berniaga Sambilan