Rudy AS
dilahirkan pada 22 Jun 1976 di Riau, Dumai, Indonesia. Mendapat pendidikan
rendah di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1982). Kemudian menyambung pelajaran
menengah rendah di Sekolah Tinggi Segamat (1989) hingga berjaya menamatkan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1995.
Penulis pernah berkhidmat lebih sepuluh tahun sebagai wartawan di beberapa buah syarikat penerbitan media cetak bermula dengan syarikat Sri Azam Publishing, penerbit akhbar tabloid Mingguan Politik (1996-1997). Kemudian berkhidmat di Pustaka Wira Sdn Bhd (PWSB), syarikat yang menerbitkan majalah IBU, PESONA dan USAHAWAN SUKSES selain penerbitan dalaman, Buletin SUK Selangor (1998-2004).

Ketika
menjadi wartawan PWSB, penulis melibatkan diri dengan perniagaan jualan
langsung secara sambilan dengan menjual produk kesihatan dan barangan kegunaan
isi rumah keluaran syarikat CNI Enterprise (M) Sdn Bhd (2002-2005).
Hasil
pengalaman berniaga jualan langsung secara sambilan, penulis mengorak langkah membuka
perniagaan syarikat penerbitan bersama rakan kongsi dengan menerbitkan majalah
keusahawanan iaitu majalah Media Usahawan (2005-2006).
Namun,
majalah berkenaan berjaya bertahan selama sembilan keluaran sahaja menyebabkan
penulis kembali semula ke bidang kewartawanan dengan berkhidmat di Rodatra
Media Sdn Bhd, syarikat perunding penerbitan bagi akhbar kawasan Parlimen
Perdana Menteri Kelima, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi iaitu akhbar
Warta Parlimen Kepala Batas (2006) di samping menjadi wartawan sambilan untuk
Buletin Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia (BNBBC).
Dalam
masa menjadi wartawan untuk kedua-dua penerbitan tersebut, penulis turut
berniaga sambilan dengan menjual kad prepaid IDD dan ruang iklan untuk
portal pengiklanan maya, parttime2u.com. Penulis juga menerima undangan dari beberapa buah
syarikat serta pemimpin perniagaan jualan langsung untuk menyampaikan ceramah kepada
masyarakat tentang peluang perniagaan sambilan di seluruh Malaysia.
Antara catatan
kejayaan yang pernah dikecapi sewaktu berniaga sambilan ialah meraih pendapatan
empat angka sebulan dan pernah mencecah sehingga lima angka dengan menjual
produk krim kecantikan, Firmax3 (2013-2016) di samping membantu menjayakan
lebih sepuluh rakan niaga meraih pendapatan lima angka sebulan.
Tahun 2019, penulis mula bergiat aktif di dalam penulisan maya menerusi blog suksesnews.com di samping masih mengekalkan perniagaan sambilan.
Penulis boleh dihubungi melalui:
E-mel: rudyreporter@gmail.com
Blog: suksesnews.com